
Eid mubarak^_^ Entry kali ni adalah inspirasi dari mak dan ayah saya. Buah tangan Syawal 1427H.
Sepanjang saya keluar masuk rumah Pak Long, Pak Ngah, Mak Lang, Mak Su..lobus-lobus fikir di bahagian depan kepala ni sama juga bekerja. Saya fikir, lihat dan bandingkan antara raya dulu-dulu dan raya sekarang. Bak kata ayah "Banyak yang dah berubah..."
Dan saya masih setia menghimpit ayah, terus bicara tentang beza musim raya; dahulu dan sekarang. Erm, betul kata ayah, memang banyak sangat bezanya. Ia, saya bukanlah orang tua yang sempat nak melihat arus perbezaan antara dua atau tiga zaman lampau, namun saya masih setuju jika dikata bahawa raya kita dulu tak sama dengan raya zaman sekarang.
Ada sepupu saya sendiri, tak ikut mak ayahnya berjalan raya. Dikhabarkan, suka duduk rumah aja. Malas nak berjalan (eh, jalan dapat duit raya pun tak nak ikut ke??)
Ada adik-adik sepupu saya tak kenal langsung dengan Mak Ayah saya yang banyak mulut ni :)
Banyak kes, anak-anak buah tak mesra langsung dengan orang-orang tua yang berpangkat pak/mak saudara dengan mereka. Jangan kata nak berbual, bersalam pun tidak. Mana taknya, tak kenal. Tak diperkenalkan ke?? Entahlah.
Ada kanak-kanak yang datang beraya, sekadar hulur tangan nak duit raya. Ditanya nak apa? Nak duit katanya. Ditanya nak makan atau minum kah? Taknak kata mereka. Dan, paling sadis, tak bersalam langsung dengan Tuan Rumah. Terus duduk, sengih..erm alahai. Anak sapa ni eh?? :)
Saya tahu, saya cerita tentang kanak-kanak. Tapi, inilah dia bezanya antara saya waktu kanak-kanak dengan mereka pada zaman ini. Saya tak salahkan mereka. Saya tertanya apa yang Mak dan Ayah mereka ajarkan.
[Maaf, saya tak berkata yang saya sempurna dalam hal ini. Tapi, saya melihat bezanya. Ini bukan saya aja yang kata, tapi sepupu sepapat dan sahabat handai yang sezaman dengan saya]
Kata kami "raya la ni, tak meriah macam dulu lagi"
-----------------------------
Dulu, kita boleh duduk berjam-jam dengan saudara mara dan sepupu berbual bincang masa hari raya. Masa raya lah, semua yang sibuk akan senggang dan lapang. Tak kekok duduk makan biskut kering cecah kopi panas waktu kacau dodol, masak rendang, anyam ketupat.

Dulu, kita suka nak berjalan raya, ikut mak ayah ziarah saudara mara. Seronok benar dapat jumpa sepupu sepapat sebaya. Meriahnya. Tak masuk lagi bab main bunga api dan mercun masa raya. Tak ada pape pun. Selamat.
Sekarang ni, nak jumpa berkumpul pun dah susah. Apa lagi nak dapat cuti raya. Semuanya dah makin sibuk. "Tak kerja nak makan apa?"
Yang tak best, boleh pulak ada pilihan sama ada nak ikut beraya atau tak.
"Kalau taknak ikut, duduk rumah diam-diam kunci pintu. Kalau orang bagi salam, jangan jawab"
[lorr, kok gitu??]
Bab main bunga api. Hah, budak-budak sekarang terlalu advance. Alih-alih, masuk wad, putus jari dan buta mata. Terlampau pandai, maka terhasillah letupan sana-sini. Mercun buatan sendiri yang tiada cop sirim, berayalah di hospital.
----------------------------
Panjang dan pendek kata, hari raya dulu dan sekarang ada banyak bezanya. Dari segi rumpun sosialnya, dah berkurangan. Berat mulut dah nak menyapa yang tua. Jadi 'kera sumbang'...duduk sorang-sorang.
Ini bukan isu introvert personality :) Ini tentang bagaimana mak dan ayah membudaya dan membentuk anak-anak zaman teknologi. Dan, bagaimana anak-anak pula dapat menyesuaikan diri sebagai kaum muda yang hidup di Malaysia- bumi sopan santun :)
Kadang, perkara begini dilepas pandang begitu saja. Iyelah, macam tak berkepentingan. Namanya pun tak se'vogue' isu pecah belah pemimpin, atau kahwin cerai artis, atau isu bom meletup waktu perayaan ke.. ("_)
Anak perlu ditarbiah sebaiknya. Kenalkan mereka dengan kaum keluarga. Didik anak-akak untuk menghormati dan mengasihi yang tua. Itu nilainya keberkatan. Bila cium tangan atuk dan nenek, diusap kepala dengan doa dan restu. Dikasih dan dimesrakan.
Bila ia diraikan, maka akan jadilah proses 'nature-nurture' yang sihat untuk anak-anak. Maksudnya, kita sebagai yang tua dapat tarbiah dan bagi contoh yang baik untuk diikuti oleh golongan muda.
Takdelah nanti jadi kera sumbang [nak bercakap dan menyapa orang tua pun segan]
..segan tak bertempat. Eid Mubarak, maaf zahir batin :)
No comments:
Post a Comment